| has gloss | msa: Debu ialah kumpulan muzik Muslim yang pertama kali tampil tahun 2001 dan sekarang berkediaman di Jakarta, Indonesia. Sebagian anggotanya berasal dari Amerika Syarikat, dengan anggota lainnya berasal dari England, Sweden dan Indonesia. Nama kumpulan ini kalau dalam bahasa Inggeris bernama “dust”. Muzik Debu bercirikan nada-nada Timur Tengah, Islami dan sebagian Indonesia . Lirik muzik mereka ialah tentang perdamaian, cinta dan Sang Pencipta, dan sebagian mesej-mesej Islami. Muziknya terutama dinyanyikan dalam Bahasa Indonesia, tetapi sebagian juga dinyanyikan dalam Bahasa Arab, bahasa Inggeris, Bahasa Parsi, Bahasa Turki, Bahasa Sepanyol dan bahasa Cina. Mereka telah merilis album dengan 4 versi bahasa Indonesia dan 1 bahasa Turki. Saat ini Debu beranggota 12 orang, 6 lelaki dan 6 perempuan. |